Sunday, March 31, 2013

Ayat Al-Kursi, ayat pelindung diri

Assalamualaikum wrt....


            Sebagaimana kita ketahui, di dalam al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang boleh kita amalkan dan mudah dihafal setiap hari. Antaranya ialah ayat al-Kursi yang mana merupakan ayat ke-255 dari ayat surah al-Baqarah. Ayat ini disebut ‘ayat Kursi’ kerana didalamnya terdapat perkataan ‘KURSI’ bermaksud ‘tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat’. Iaitu syiar atas kebesaran Tuhan yang meliputi 7 lapis langit dan 7 lapis bumi.



            Terdapat banyak kelebihan dan kehebatan daripada ayat kursi ini yang telah diterangkan dalam 99 hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan lain-lain. Antaranya ialah orang yang selalu membaca ayat Kursi ini dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad SAW. Allah SWT juga akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat bagi sesiapa yang membacanya setiap kali selepas berwudhuk.

           Dalam sebuah hadis yang menyatakan,”sesiapa yang dikalangan umatku yang membaca ayat kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwudhuk dan solat sunat dua rakaat, Allah memelihara daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar”. Mengikut keterangan dari kitab ‘Asraarul Mufidah’, sesiapa yang mengamalkan bacaan ayat kursi setiap hari sebanyak 18 kali, InsyaAllah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dinaikkan darjat dan martabatnya, diberikannya pengaruh sehingga semua akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana.


            Banyak lagi kelebihan yang boleh kita perolehi daripada pembacaan ayat suci al-Quran ini. Kekuasaannya amat besar sekali. Namun, kelebihan yang dinyatakan tidak akan berlaku tanpa izin Allah SWT, ia bergantung kepada keyakinan dan keteguhan iman  kita kepada-NYA. Oleh itu, carilah keredhaan Allah dengan melaksanakan segala perintah-NYA dan menjauhi segala larangan-NYA. 

Wallahua’lam.

Monday, March 18, 2013

Kelebihan Empat Kalimah Suci


Assalamualaikum wrt...


SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, LAILAHAILLALLAH, ALLAHUAKBAR"

‘Maha Suci Allah, Segala Puji Bagi Allah, Tiada Tuhan Yang Berhak Disembah Selain Allah Dan Allah Maha Besar’.

Allah SWT telah meletakkan fadhilat (kelebihan) yang besar, keistimewaan yang mulia kepada empat kalimah ini. Ia menunjukkan betapa besar kedudukannya, tinggi darjatnya, mulia martabatnya dan mempunyai keistimewaan berbanding dengan ucapan-ucapan yang lain.





          Setelah kita melihat dan mendengar video ni, senang saja ucapannya dan mudah bagi kita untuk menghafalnya. sebab mereka yang prihatin buat dalam bentuk nyanyian. Jadi, memang tak susah jika kita nak ikut lebih-lebih lagi kalau kita nak mengajar anak-anak kecil dapat pahala dengan cara yang mudah iaitu memuji Allah dan berzikir. Allah SWT tidak mencipta sesuatu itu dengan sia-sia kan..saya ingin berkongsi sedikit ilmu setelah sedikit pembacaan tentang kelebihan-kelebihan 4 kalimah di atas.

          Antara kelebihannya ialah pertama, mendapat pahala yang amat besar. Kedua, Allah akan menghapuskan dan mengampunkan dosa yang telah kita lakukan. Ketiga, diberi kebajikan dan dihapuskan kejahatan oleh Allah kepada hamba-NYA. Keempat, kalimah ini juga akan menjadi perisai atau pelindung kita dari api neraka. Kelima, setiap kalimah yang diucapkan adalah satu sedekah. Sebenarnya banyak lagi kelebihannya tapi saya rasakan kelebihan yang saya senaraikan di atas, sudah cukup bagi kita untuk memahaminya betapa besar ganjaran Allah berikan hanya ucapan 4 kalimah tersebut. 

          Oleh itu, marilah kita sebagai umat Islam sama-sama mengambil ibrah dan pengajaran serta  mempertingkatkan amalan seharian kita untuk mencapai  keredhaan-NYA dan mencapai ketenangan jiwa setiap kali mengucapkannya. Semoga kita menjadi penghuni Syurga yang akan kekal di sana nanti..Aamiinnn.. Wallahua’lam.