Sebagaimana kita
ketahui, di dalam al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang boleh kita amalkan
dan mudah dihafal setiap hari. Antaranya ialah ayat al-Kursi yang mana
merupakan ayat ke-255 dari ayat surah al-Baqarah. Ayat ini disebut ‘ayat Kursi’
kerana didalamnya terdapat perkataan ‘KURSI’ bermaksud ‘tempat duduk yang megah
lagi yang mempunyai martabat’. Iaitu syiar atas kebesaran Tuhan yang meliputi 7
lapis langit dan 7 lapis bumi.
Terdapat banyak kelebihan dan kehebatan daripada ayat
kursi ini yang telah diterangkan dalam 99 hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari,
Muslim dan lain-lain. Antaranya ialah orang yang selalu membaca ayat Kursi ini
dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad SAW.
Allah SWT juga akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat bagi sesiapa yang
membacanya setiap kali selepas berwudhuk.
Banyak lagi kelebihan yang boleh kita perolehi daripada
pembacaan ayat suci al-Quran ini. Kekuasaannya amat besar sekali. Namun,
kelebihan yang dinyatakan tidak akan berlaku tanpa izin Allah SWT, ia
bergantung kepada keyakinan dan keteguhan iman
kita kepada-NYA. Oleh itu, carilah keredhaan Allah dengan melaksanakan
segala perintah-NYA dan menjauhi segala larangan-NYA.
Wallahua’lam.
Wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment