Wednesday, May 29, 2013

Zikir pagi & petang

بسم الله الرحمن الرحيم

ASSALAMUALAIKUM WBT..


Selawat dan salam atas junjungan besar nabi Muhammad SAW, salam penuh kasih kpd semua sohabah sekalian...apa kabar hari ini??mudah2an dikurniakan kesihatan dan keimanan yg kukuh hendaknya...perkongsian saya di dlm entry ini pd kali ini ialah zikir terapi pagi dan petang, ia lebih dikenali sebagai bacaan dan zikir AL-MATHURAT...

Al- Mathurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW... Baginda adalah insan yg paling mengetahui betapa besarnya ganjaran yang diperolehi dari amalan doa dan wirid tersebut. Al- Mathurat digalakkkan dibaca selepas subuh dan asar setiap hari....

 Antara kelebihan membaca Al-Mathurat ialah:

1- tidak dihampiri syaitan
2- rumah & keluarganya t'selamat dr perkara yg tak diingini..
3- Allah m'cukupkannya apa yg sgt diperlukan dr urusan dunia & akhirat..
4- org yg m'bacanya kemudian dia mati pd hari atau mlm t'sebut 
maka Allah akan m'jamin keatasnya syurga...
5-selamat dr segala sesuatu...
6- Allah menyempurnakan nikmatnya keatas org yg m'bacanya..
7- Allah berhak utk meredhainya..
8- takde suatu pun yg m'dtgkn mudarat keatasnya..
9- t'hindar drpd syirik..
10- dimudahkan menyelesaikan hutang2..

Setiap jiwa kita memerlukan ketenangan dan kebahagiaan..utk mengisi keperluan t'sebut adalah dgn berzikir...BERZIKIR ADALAH TERAPI JIWA paling mujarab skali...mudah-mudahan dgn mengamalkan al-Mathurat dlm kehidupan seharian kita ini, kita t'hindar dr segala bencana, hidup tenang dan m'peroleh syafaat dariNYA..InsyaAllah...

klik disini utk dengar zikir al-Mathurat...http://www.youtube.com/watch?v=BZOqdvMpGg8

Wallahualam..

JOM BERZIKIR ;-)))

Tuesday, May 28, 2013

didik anak dengan mengamalkan Surah Luqman

بسم الله الرحمن الرحيم

ASSALAMUALAIKUM WBT....

Setiap pasangan yang telah mendirikan rumahtangga, menginginkan zuriat yang soleh@solehah,bijak pandai dan berakhlak mulia...Mengamalkan ayat-ayat suci al-Quran bg ibu yang mengandung amatlah munasabah untuk melahirkan anak-anak yang mempunyai sifat-sifat yang diinginkan dengan izin Allah SWT...Justeru, saya ingin kongsikan dgn pembaca dlm entry ini ayat @ surah yang harus dibaca sbg amalan harian bg mendidik anak dgn baik....


Salah satu surah yg harus diamalkan iaitu SURAH LUQMAN... Surah Luqman secara umumnya, terutama ayat 13-19 difahami sebagai surah yang harus dibaca saat proses aqiqah atau kesyukuran atas kelahiran seorang anak,, mengingat secara  ayat-ayat ini memang membincangkan secara khusus tentang pesan Luqman dalam teknik atau cara mendidik anak sesuai dengan pesan al-Quran. pesan Luqman dalam surah ini sebenarnya adalah pesan Allah yang dibahasakan melalui lisan Luqman Al-Hakim.

Allah telah menceritakan dalam Quran Surah Luqman ayat 13-19 yg bermaksud:

“Dan (Ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi nasihat kepadanya: “Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar ….. Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai”.

Apa yg kita paham ttg ayat di atas bahawasanya bapa menjadi penggerak sbg penasihat keluarga dan mencontohi tokoh besar Luqman Al-Hakim bagaimana cara beliau mendidik anak dengan baik dan mengikut  cara Islam...

Antara pesan Luqman Al-Hakim ialah dalam mendidik anak hendaklah didahului dgn pendidikan akidah tentang keesaan Allah dan pengetahuanNya yang hebat yang akan melahirkan sikap hamba Allah, rendah diri, hati-hati dan muraqabatuLlah dalam bersikap dan bertindak. Kekuatan dan kemantapan akidah tersebut akan bertindak balas dalam berakhlak dan berperilaku kepada orang lain, terutama sekali terhadap kedua orang tua...Usaha serius dari seorang Luqman yang bijak untuk mendekatkan dan memperkenalkan seorang anak sejak kecil dengan Penciptanya akan menampakkan pada kebaikan dan kesejahteraan lahir dan batin, serta menjadikannya memiliki tahap pertahanan diri yang kukuh bagi m'hadapi bermacam godaan kehidupan...

Mudah2an dengan sedikit perkongsian ini dptlah ibubapa mempraktikkan dlm keluarga bg melahirkan anak-anak yg soleh&solehah dan menjadikan keluarga bahagia....

wallahualam........


Sunday, May 26, 2013

Menyingkap fadhilat surah al-Waqiah

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt...

Bersyukur kehadrat llahi kerana rahmat dan kasihNYA dapat sy menulis dan berkongsi ilmu bersama para sohabah2 sy tidak kiralah yg sy kenali ataupun tidak..Moga Allah sentiasa memberi kita kesempatan hidup mencari dan menikmati seberapa byk ilmu yg ada di dunia ini utk bekalan dibawa ke akhirat kelak.. InsyaAllah...Hari ini sy ingin berkongsi tentang satu lagi surah dlm kitab suci al-Quran yg sy rasa ia mempunyai pengkhususan dlm fadhilatnya iaitu
buku yg menceritakan
ttg kehebatan surah
al-Waqiah
SURAH AL-WAQIAH..


Sedikit info ttg surah ini..Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke-56 dalam Al-Quran, terletak pd juzuk ke- 27 dan terdiri dari 96 ayat. Surah yg diturunkan selepas Surah Taaha ini dinamakan dengan al-Waqiah (Hari Kiamat), diambil dari perkataan al-Waqiah yang terdapat pada ayat pertama. Di dalam surah Al-Waqiah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan juga penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api sbg bukti kekuasaan Allah dan adanya hari kebangkitan..

klik link ini utk dgr bacaan surah al-Waqiah..

http://www.youtube.com/watch?v=AIRAzNgcInU

Surah al-Waqiah ini mmg terkenal dgn beberapa khasiat dan fadhilatnya tersendiri...Antara fadhilatnya ialah

1- dgn menjadikan surah ini sbg bacaan rutin setiap hari siang dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya kpd pembacanya..

Sabda Rasulullah s.a.w: 

“Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

2- Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat asar, InsyaAllah akan dikurniakan dengan kekayaan dan rezeki yang berlimpah ruah. 

3-  Jika dibaca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis, InsyaAllah ditunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
4-Surah Al-Waqiah ini jika dibaca di sisi mayat atau orang yang sedang nazak, InsyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit,diringankan kesakitannya.

Disini sy sediakan utk sohabah sekalian,klip video dri ustaz Azhar Idrus menceritakan ttg kelebihan surah al-Waqiah..



Jika kita lihat, mmg terdpt byk dalam hadis-hadis Nabi SAW, memberitahu ttg kelebihan khusus bg surah al-Waqiah ini ialah hindari dr kemiskinan dan mendapat rezeki...sesiapa yg mengamalkannya, InsyaAllah kita akan memperolehi rezeki yang banyak, dgn itu kita dapat menolong dan membantu orang lain yang memerlukan bantuan dan memperbanyakkan lagi amal jariah kita. Dalam niat kita juga bila dpt rezeki yang banyak kita boleh beribadat kepadaNya dan membuat amal jariah. Barulah Allah SWT memperkenankan doa-doa kita. Membaca surah ini hendaklah dgn  penuh kikhlasan memohon rezki dariNya.

Wallahualam..

مع السلامة وإلى اللقاء

Monday, May 20, 2013

Jom kita berselawat..;-)

Bismillahirrahmanirrahim

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah"


Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali, maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).” [HR An-Nasa’i No. 1297, Ahmad, sahih.]

Hadis diatas ini menunjukkan kepada kita keutamaan berselawat kepada Nabi SAW dan anjuran memperbanyakkan selawat tersebut. Banyak berselawat kepada Rasulullah SAW merupakan tanda cinta kita sebagai seorang muslim kepada Baginda SAW, kerana para ulama’ mengatakan: “Sesiapa yang mencintai sesuatu maka dia akan sering menyebutnya”.

Membaca selawat adalah satu ibadatAllah SWT menyuruh kita sebagai hamba-Nya beribadat. Sebagaimana dalam firman-Nya di atas tadi, Allah sendiri memulakan selawat ke atas Nabi, diikuti malaikat kemudian dianjurkan kepada Muslimin mengamalkannya. Hal ini bermakna membaca selawat itu sangat utama.

Jika kita lihat sekarang ini, laungan selawat nabi hampir setiap hari kita boleh dengar terutamanya dimedia elektronik. Hari ini juga kita sedar bahawa di TV banyak berunsurkan laungan nasyid,qasidah dan selawat terutamanya di TV al-Hijrah memang tak lekang ditelinga kita mendengar laungan indah ini. Rancangan TV seperti 'MARI BERSELAWAT', 'KUALA LUMPUR BERSELAWAT', dan lain-lain yang dianjurkan oleh kumpulan al-Maulid yang dulunya mereka ini dikenali sbg artis R&B, telah dapat menarik minat dan semangat umat Islam di Malaysia terutamanya bersama-sama menyertai dan mendengar laungan selawat tidak kira lelaki atau perempuan,kanak2,remaja,dewasa juga orang tua. Tidak dinafikan banyak kelebihan berselawat ini..sahabat2 boleh klik dan baca laman ini :http://www.muftins.gov.my/index.php/arkib2/tarekat-tassawuf/164-hikam-dan-ibrah/650-kelebihan-berselawat-ke-atas-nabi-muhammad-s-a-w



Jom kita berselawat bersama-sama;-)



Thursday, May 16, 2013

1001 kelebihan SURAH YASSIN

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt....

         Hmm, malam ini malam jumaat..ada dikalangan kita akan mengamalkan SURAH YASSIN setiap malam jumaat..oh,itu adalah suatu amalan baik..tapi tiada perintah dari ALLAH dan RASULLULLAH bahawasanya ada pengkhususan hari untuk membaca surah ini..ada juga dikalangan kita berpendapat membaca surah Yassin hanya untuk dibaca kepada orang yang telah meninggal dunia..hmm..Pada pendapat saya, itu adalah tafsiran yang salah..Surah Yassin ini boleh dibaca di mana sahaja kita berada,tak kira lah dirumah,dipejabat,disekolah,dimasjid,di dalam kereta dan sebagainya melainkan tempat yang diharamkan seperti tandas..,hari pun tiada dikhususkan,hari apa sahaja kita boleh membacanya,setiap hari pun boleh..so, kita perlu sangkal tafsiran yang terdahulu.Moga kita memperoleh berkat dan bertambahnya ganjaran pahala kita..InsyaAllah aameeennn..



        Kali ini saya nak berkongsi bukanlah sejumlah 1001 kebihan yang ada dalam surah Yassin ini, tp hanya segelintir sahaja daripadanya.Surah ini mengandungi 83 ayat,beberapa ayat di dalamnya boleh kita amalkan sepanjang masa dan ada kelebihannya tersendiri..Antaranya:

 Ayat 1-9 : doa untuk keselamatan diri
 Ayat 9 : Doa untuk melindungi diri sama ada lindungi drpd orang jahat spt orang kafir.Ia boleh juga melindungi diri drpd dianiayai dan beri perlindungan ketika tidur.
Ayat 12 : Ayat ini merupakan jantung Surah Yasin dan Rasulullah sangat berharap semua umat Islam menghafal ayat ini.
Ayat 22-23 : Ayat ini digunakan untuk menjaga aqidah dan boleh juga dijadikan doa untuk hidayah kepada anak-anak kita nanti.
Ayat 29 : Ayat ini boleh dijadikan amalan sebagai pelindung diri untuk mengelakkan diri daripada difitnah dan menjadi mangsa kejahatan mulut orang.
Ayat 30 : Untuk memupuk keinsafan.
Ayat 32 : Ayat ini boleh melembutkan dan menginsafkan hati orang lain

Ini hanya sedikit sahaja saya senaraikan..nak baca lebih lanjut sila buka link dibawah ini

http://sufihanan.blogspot.com/2012/09/1001-kelebihan-surah-yasin-dalam_6.html

    Semoga apa yang dikongsikan pada kali ini,mudah2an memperoleh keberkatan bersama..segala yang baik itu datangnya dr Allah,dan yang buruk itu datangnya dr saya sendiri.

sekian,Waallahua'lam


Istiqamah dalam mengamalkan Surah Al-Mulk

Bismillahirrahmanirrahim.


Assalamualaikum wrt.........


     Alhamdulillah, syukurku kpd Allah SWT atas nikmat dan kasih-sayang-NYA dapat lagi saya meluangkan
 masa setelah sekian lama menyepi utk menulis di laman alam maya ini, utk kita berkongsi sedikit ilmu,mudah-mudahan sesiapa sahaja yang membacanye mendapat keberkatan dan menambahkan lagi ilmu di dada..Semoga saya terus diizinkan Allah SWT dalam ruangan terhad ini untuk saya menulis dan berkongsi secangkir ilmu..InsyaAllah.. 

    Kali ini saya ingin berkongsi tentang salah satu surah diantara 114 surah yg terkandung dalam kitab suci al-Quran yang mana saya berpendapat bahawa surah ini juga mempunyai banyak kelebihannya kepada sesiapa yang istiqamah dalam mengamalkannya sebagai amalan harian mereka. Surah yang saya maksudkan ialah SURAH AL-MULK. Di sini saya menyediakan link video SURAH AL-MULK beserta TERJEMAHAN, baca, hayati dan amalkan..

http://www.youtube.com/watch?v=QC3Ai45c5Y0


      Sedikit info tentang surah ini..SURAH AL-MULK adalah surah ke-67 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surah 'MAKKIYAH'  yang terdiri daripada 30 ayat. Dinamakan AL-MULK kerana kata AL-MULK dalam ayat pertama dalam surah ini, yang bererti 'KERAJAAN'. Surah ini juga disebut juga dengan 'AT TABAARAK' yang bererti Maha Suci. Ulama berkata:

" Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As-Sajjadah dan surah Al-Mulk".


     Antara kelebihan yang terdapat dalam surah ini ialah ia dapat menyelamatkan si pembaca daripada azab kubur. Selain itu, sesiapa sahaja yang membacanya pada malam hari dia telah melakukan banyak ibadah dan telah melakukan amalan yang baik. Kelebihan surah ini, seseorang itu berada di bawah naungan sayap Malaikat (mendapat rahmat Allah), dihari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti secantik wajah Nabi Allah Yusuf a'laihissalam. Dinamakan surah ini sebagai surah al-Mulk kerana ia dianggap sebagai surah gagah perkasa,pintar lagi cerdik.

   Akhir bicara, saya berharap agar saya dan para pembaca blog ini dapat membaca surah ini secara istiqamah dengan menjadikannya sebagai amalan seharian kita..Moga Allah memberikan waktu untuk kita luangkan membaca dan mengamalkan kalam suci ini..Sesibuk mana kita di dunia ini, jangan kita lupa ada yang lebih penting dari itu, iaitu membaca AL-QURAN walaupun sepotong ayat kerana ia adalah penyelamat kita di dunia dan di akhirat.. 

SEKIAN,WASSALAM.........

Sunday, April 14, 2013

Doa paling wajib dibaca selepas solat

Bismillah.....

Assalamualaikum wrt...

Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Illahi kerana masih diberi kebenaran merasai kenikmatan-NYA lagi, dan diberi kemampuan untuk berkongsi secangkir ilmu bersama sohabah-sohabah sekalian...di doakan juga kepada para pembaca semoga sentiasa dibawah naungan kasih dan rahmat Allah SWT serta dikurniakan iman yang kental, ilmu yang mendalam dalam menjalani hari-hari yang mendatang ini...Aameenn..;-)
Kali ini saya ingin menyingkap disebalik satu doa yang selalu kita baca selepas solat iaitu doa memohon ampun..

Bismillahirrahmanirrahim...





       Secara fitrahnya, Allah menjadikan kita mempunyai kelebihan dan kekurangan. kerana apa Allah ciptakan kita seperti itu?kerana Allah inginkan manusia saling melengkapi dan memerlukan satu sama lain. Begitu juga manusia ini memang tidak dapat lari melakukan kesilapan dan dosa..manusia ni bukan seperti Nabi, Rasul atau Malaikat yang mana mereka terpelihara dari melakukan dosa...tidak kira kita melakukan dosa secara sengaja atau tidak pada ibubapa kita, yang pastinya pintu taubat masih terbentang luas selagi roh seseorang itu belum keluar dari jasadnya..Doa yang saya paparkan diatas adalah satu doa yang mana kita memohon diampunkan segala dosa kita dan ibubapa kita kepada Allah atas kesilapan2 kita masa lalu atau baru sahaja kita lakukan..Allah itu maha Pengampun lagi maha Mendengar..Allah perkenankan setiap doa hambanya yang hatinya ikhlas menadah tangan memohon ampun dan mohon sesuatu hajat serta bertaubat tidak mengulangi kesilapan yang sama..Dalam sebuah Hadis menyatakan "berdoalah kepadaKU,nescaya Aku perkenankan doamu"...

     Oleh itu, saya berpesan pada diri sendiri serta para pembaca, berdoalah selagi berdaya semoga kita terhindar dari melakukan kesilapan-kesilapan yang boleh memudaratkan diri dan orang lain..Melaksanakan segala perintah-Nya serta menjauhkan segala larangan-Nya..moga Allah memelihara kita dari sebarang bencana...INGATLAH BAHAWASANYA DOA ITU ADALAH SENJATA ORANG MUKMIN.

sekian..Wallahualam..