Bertemu kembali dlm mencari berkat & redha Allah SWT. Mudah-mudahan semuanya dipayungi rahmat & kasih-NYA..Satu lagi perkongsian ilmu & ingin mengajak shbt2 mencari jalan mudah utk dapat pahala.
Daripada syukbah daripada Abi Hashim dgn isnadnya.sesungguhnya Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca surah Al-Kahfi sebagaimana ia diturunkan,jadilah cahaya utknya dihari kiamat." [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
Sedikit info berkaitan dgn surah al-Kahfi ini iaitu al-Kahfi bermaksud gua yakni surah yang ke- 18 didalam al-Quran yang mengandungi 110 ayat. Ia dinamakan al-Kahfi kerana dari ayat 9 hingga ayat 26 menceritakan penduduk gua yang ditidurkan oleh Allah selama lebih 300 tahun.
Banyak terdapat dalam hadis Rasulullah SAW menyatakan berbagai fadhilat bg mereka yg mengamalkan surah al-Kahfi ini.Antara kelebihan yg khusus terdapat dalam surah ini iaitu :
1- sesiapa yg membaca 10 ayat awal atau 10 ayat akhir drpd surah ini, ia terhindar drpd fitnah dajjal
2- sesiapa yg membacanya pd hari jumaat, maka bersinar cahaya drpd bawah kakinya hingga ke langit dan diberi cahaya pd hari kiamat serta diampunkan dosanya antara 2 Jumaat.
3- sesiapa yg membacanya pd malam atau siang hari Jumaat, diampunkan dosanya hingga jumaat akan datang, dan 70 ribu malaikat memohonkan rahmat kepada Allah hingga waktu subuh dan dijauhkan Allah dari terkena wabak penyakit demam panas atau ta'un , penyakit sopak.
Oleh itu sahabat2 ku sekalian, semoga kita semua tergolong dari orang yang dirahmati Allah dan berusaha mendekatkan diri kepada Allah, hendaklah kita ingat dengan sabda Nabi saw yang bermaksud : “sesungguhnya Allah tidak melihat gambaran lahir kamu tetapi Allah melihat batin (hati) kamu.”
Wallahua'lam.

No comments:
Post a Comment