Assalamualaikum wbt....
Hmm, malam ini malam jumaat..ada dikalangan kita akan mengamalkan SURAH YASSIN setiap malam jumaat..oh,itu adalah suatu amalan baik..tapi tiada perintah dari ALLAH dan RASULLULLAH bahawasanya ada pengkhususan hari untuk membaca surah ini..ada juga dikalangan kita berpendapat membaca surah Yassin hanya untuk dibaca kepada orang yang telah meninggal dunia..hmm..Pada pendapat saya, itu adalah tafsiran yang salah..Surah Yassin ini boleh dibaca di mana sahaja kita berada,tak kira lah dirumah,dipejabat,disekolah,dimasjid,di dalam kereta dan sebagainya melainkan tempat yang diharamkan seperti tandas..,hari pun tiada dikhususkan,hari apa sahaja kita boleh membacanya,setiap hari pun boleh..so, kita perlu sangkal tafsiran yang terdahulu.Moga kita memperoleh berkat dan bertambahnya ganjaran pahala kita..InsyaAllah aameeennn..
Kali ini saya nak berkongsi bukanlah sejumlah 1001 kebihan yang ada dalam surah Yassin ini, tp hanya segelintir sahaja daripadanya.Surah ini mengandungi 83 ayat,beberapa ayat di dalamnya boleh kita amalkan sepanjang masa dan ada kelebihannya tersendiri..Antaranya:
Ayat 1-9 : doa untuk keselamatan diri
Ayat 9 : Doa untuk melindungi diri sama ada lindungi drpd orang jahat spt orang kafir.Ia boleh juga melindungi diri drpd dianiayai dan beri perlindungan ketika tidur.
Ayat 12 : Ayat ini merupakan jantung Surah Yasin dan Rasulullah sangat berharap semua umat Islam menghafal ayat ini.
Ayat 22-23 : Ayat ini digunakan untuk menjaga aqidah dan boleh juga dijadikan doa untuk hidayah kepada anak-anak kita nanti.
Ayat 29 : Ayat ini boleh dijadikan amalan sebagai pelindung diri untuk mengelakkan diri daripada difitnah dan menjadi mangsa kejahatan mulut orang.
Ayat 30 : Untuk memupuk keinsafan.
Ayat 32 : Ayat ini boleh melembutkan dan menginsafkan hati orang lain
Ini hanya sedikit sahaja saya senaraikan..nak baca lebih lanjut sila buka link dibawah ini
http://sufihanan.blogspot.com/2012/09/1001-kelebihan-surah-yasin-dalam_6.html
Semoga apa yang dikongsikan pada kali ini,mudah2an memperoleh keberkatan bersama..segala yang baik itu datangnya dr Allah,dan yang buruk itu datangnya dr saya sendiri.
sekian,Waallahua'lam
No comments:
Post a Comment