Bismillahirrahmanirrahim
"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah"
Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali, maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).” [HR An-Nasa’i No. 1297, Ahmad, sahih.]
“Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali, maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).” [HR An-Nasa’i No. 1297, Ahmad, sahih.]
Hadis diatas ini menunjukkan kepada kita keutamaan berselawat kepada Nabi SAW dan anjuran memperbanyakkan selawat tersebut. Banyak berselawat kepada Rasulullah SAW merupakan tanda cinta kita sebagai seorang muslim kepada Baginda SAW, kerana para ulama’ mengatakan: “Sesiapa yang mencintai sesuatu maka dia akan sering menyebutnya”.
Membaca selawat adalah satu ibadat. Allah SWT menyuruh kita sebagai hamba-Nya beribadat. Sebagaimana dalam firman-Nya di atas tadi, Allah sendiri memulakan selawat ke atas Nabi, diikuti malaikat kemudian dianjurkan kepada Muslimin mengamalkannya. Hal ini bermakna membaca selawat itu sangat utama.
Jika kita lihat sekarang ini, laungan selawat nabi hampir setiap hari kita boleh dengar terutamanya dimedia elektronik. Hari ini juga kita sedar bahawa di TV banyak berunsurkan laungan nasyid,qasidah dan selawat terutamanya di TV al-Hijrah memang tak lekang ditelinga kita mendengar laungan indah ini. Rancangan TV seperti 'MARI BERSELAWAT', 'KUALA LUMPUR BERSELAWAT', dan lain-lain yang dianjurkan oleh kumpulan al-Maulid yang dulunya mereka ini dikenali sbg artis R&B, telah dapat menarik minat dan semangat umat Islam di Malaysia terutamanya bersama-sama menyertai dan mendengar laungan selawat tidak kira lelaki atau perempuan,kanak2,remaja,dewasa juga orang tua. Tidak dinafikan banyak kelebihan berselawat ini..sahabat2 boleh klik dan baca laman ini :http://www.muftins.gov.my/index.php/arkib2/tarekat-tassawuf/164-hikam-dan-ibrah/650-kelebihan-berselawat-ke-atas-nabi-muhammad-s-a-w
Jom kita berselawat bersama-sama;-)

No comments:
Post a Comment