بسم الله الرحمن الرحيم
ASSALAMUALAIKUM WBT....
Setiap pasangan yang telah mendirikan rumahtangga, menginginkan zuriat yang soleh@solehah,bijak pandai dan berakhlak mulia...Mengamalkan ayat-ayat suci al-Quran bg ibu yang mengandung amatlah munasabah untuk melahirkan anak-anak yang mempunyai sifat-sifat yang diinginkan dengan izin Allah SWT...Justeru, saya ingin kongsikan dgn pembaca dlm entry ini ayat @ surah yang harus dibaca sbg amalan harian bg mendidik anak dgn baik....Salah satu surah yg harus diamalkan iaitu SURAH LUQMAN... Surah Luqman secara umumnya, terutama ayat 13-19 difahami sebagai surah yang harus dibaca saat proses aqiqah atau kesyukuran atas kelahiran seorang anak,, mengingat secara ayat-ayat ini memang membincangkan secara khusus tentang pesan Luqman dalam teknik atau cara mendidik anak sesuai dengan pesan al-Quran. pesan Luqman dalam surah ini sebenarnya adalah pesan Allah yang dibahasakan melalui lisan Luqman Al-Hakim.
Allah telah menceritakan dalam Quran Surah Luqman ayat 13-19 yg bermaksud:
“Dan (Ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di
waktu ia memberi nasihat kepadanya: “Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan
Allah, Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang
besar ….. Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu.
Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai”.
Apa yg kita paham ttg ayat di atas bahawasanya bapa menjadi penggerak sbg penasihat keluarga dan mencontohi tokoh besar Luqman Al-Hakim bagaimana cara beliau mendidik anak dengan baik dan mengikut cara Islam...
Antara pesan Luqman Al-Hakim ialah dalam mendidik anak hendaklah didahului dgn pendidikan akidah tentang keesaan Allah dan pengetahuanNya yang hebat yang akan melahirkan sikap hamba Allah, rendah diri, hati-hati dan muraqabatuLlah dalam bersikap dan bertindak. Kekuatan dan kemantapan akidah tersebut akan bertindak balas dalam berakhlak dan berperilaku kepada orang lain, terutama sekali terhadap kedua orang tua...Usaha serius dari seorang Luqman yang bijak untuk mendekatkan dan memperkenalkan seorang anak sejak kecil dengan Penciptanya akan menampakkan pada kebaikan dan kesejahteraan lahir dan batin, serta menjadikannya memiliki tahap pertahanan diri yang kukuh bagi m'hadapi bermacam godaan kehidupan...
Mudah2an dengan sedikit perkongsian ini dptlah ibubapa mempraktikkan dlm keluarga bg melahirkan anak-anak yg soleh&solehah dan menjadikan keluarga bahagia....
wallahualam........
No comments:
Post a Comment