Thursday, May 16, 2013

Istiqamah dalam mengamalkan Surah Al-Mulk

Bismillahirrahmanirrahim.


Assalamualaikum wrt.........


     Alhamdulillah, syukurku kpd Allah SWT atas nikmat dan kasih-sayang-NYA dapat lagi saya meluangkan
 masa setelah sekian lama menyepi utk menulis di laman alam maya ini, utk kita berkongsi sedikit ilmu,mudah-mudahan sesiapa sahaja yang membacanye mendapat keberkatan dan menambahkan lagi ilmu di dada..Semoga saya terus diizinkan Allah SWT dalam ruangan terhad ini untuk saya menulis dan berkongsi secangkir ilmu..InsyaAllah.. 

    Kali ini saya ingin berkongsi tentang salah satu surah diantara 114 surah yg terkandung dalam kitab suci al-Quran yang mana saya berpendapat bahawa surah ini juga mempunyai banyak kelebihannya kepada sesiapa yang istiqamah dalam mengamalkannya sebagai amalan harian mereka. Surah yang saya maksudkan ialah SURAH AL-MULK. Di sini saya menyediakan link video SURAH AL-MULK beserta TERJEMAHAN, baca, hayati dan amalkan..

http://www.youtube.com/watch?v=QC3Ai45c5Y0


      Sedikit info tentang surah ini..SURAH AL-MULK adalah surah ke-67 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surah 'MAKKIYAH'  yang terdiri daripada 30 ayat. Dinamakan AL-MULK kerana kata AL-MULK dalam ayat pertama dalam surah ini, yang bererti 'KERAJAAN'. Surah ini juga disebut juga dengan 'AT TABAARAK' yang bererti Maha Suci. Ulama berkata:

" Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As-Sajjadah dan surah Al-Mulk".


     Antara kelebihan yang terdapat dalam surah ini ialah ia dapat menyelamatkan si pembaca daripada azab kubur. Selain itu, sesiapa sahaja yang membacanya pada malam hari dia telah melakukan banyak ibadah dan telah melakukan amalan yang baik. Kelebihan surah ini, seseorang itu berada di bawah naungan sayap Malaikat (mendapat rahmat Allah), dihari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti secantik wajah Nabi Allah Yusuf a'laihissalam. Dinamakan surah ini sebagai surah al-Mulk kerana ia dianggap sebagai surah gagah perkasa,pintar lagi cerdik.

   Akhir bicara, saya berharap agar saya dan para pembaca blog ini dapat membaca surah ini secara istiqamah dengan menjadikannya sebagai amalan seharian kita..Moga Allah memberikan waktu untuk kita luangkan membaca dan mengamalkan kalam suci ini..Sesibuk mana kita di dunia ini, jangan kita lupa ada yang lebih penting dari itu, iaitu membaca AL-QURAN walaupun sepotong ayat kerana ia adalah penyelamat kita di dunia dan di akhirat.. 

SEKIAN,WASSALAM.........

No comments:

Post a Comment