Sunday, May 26, 2013

Menyingkap fadhilat surah al-Waqiah

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt...

Bersyukur kehadrat llahi kerana rahmat dan kasihNYA dapat sy menulis dan berkongsi ilmu bersama para sohabah2 sy tidak kiralah yg sy kenali ataupun tidak..Moga Allah sentiasa memberi kita kesempatan hidup mencari dan menikmati seberapa byk ilmu yg ada di dunia ini utk bekalan dibawa ke akhirat kelak.. InsyaAllah...Hari ini sy ingin berkongsi tentang satu lagi surah dlm kitab suci al-Quran yg sy rasa ia mempunyai pengkhususan dlm fadhilatnya iaitu
buku yg menceritakan
ttg kehebatan surah
al-Waqiah
SURAH AL-WAQIAH..


Sedikit info ttg surah ini..Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke-56 dalam Al-Quran, terletak pd juzuk ke- 27 dan terdiri dari 96 ayat. Surah yg diturunkan selepas Surah Taaha ini dinamakan dengan al-Waqiah (Hari Kiamat), diambil dari perkataan al-Waqiah yang terdapat pada ayat pertama. Di dalam surah Al-Waqiah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan juga penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api sbg bukti kekuasaan Allah dan adanya hari kebangkitan..

klik link ini utk dgr bacaan surah al-Waqiah..

http://www.youtube.com/watch?v=AIRAzNgcInU

Surah al-Waqiah ini mmg terkenal dgn beberapa khasiat dan fadhilatnya tersendiri...Antara fadhilatnya ialah

1- dgn menjadikan surah ini sbg bacaan rutin setiap hari siang dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya kpd pembacanya..

Sabda Rasulullah s.a.w: 

“Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

2- Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat asar, InsyaAllah akan dikurniakan dengan kekayaan dan rezeki yang berlimpah ruah. 

3-  Jika dibaca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis, InsyaAllah ditunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
4-Surah Al-Waqiah ini jika dibaca di sisi mayat atau orang yang sedang nazak, InsyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit,diringankan kesakitannya.

Disini sy sediakan utk sohabah sekalian,klip video dri ustaz Azhar Idrus menceritakan ttg kelebihan surah al-Waqiah..



Jika kita lihat, mmg terdpt byk dalam hadis-hadis Nabi SAW, memberitahu ttg kelebihan khusus bg surah al-Waqiah ini ialah hindari dr kemiskinan dan mendapat rezeki...sesiapa yg mengamalkannya, InsyaAllah kita akan memperolehi rezeki yang banyak, dgn itu kita dapat menolong dan membantu orang lain yang memerlukan bantuan dan memperbanyakkan lagi amal jariah kita. Dalam niat kita juga bila dpt rezeki yang banyak kita boleh beribadat kepadaNya dan membuat amal jariah. Barulah Allah SWT memperkenankan doa-doa kita. Membaca surah ini hendaklah dgn  penuh kikhlasan memohon rezki dariNya.

Wallahualam..

مع السلامة وإلى اللقاء

No comments:

Post a Comment