Sunday, April 14, 2013

Doa paling wajib dibaca selepas solat

Bismillah.....

Assalamualaikum wrt...

Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Illahi kerana masih diberi kebenaran merasai kenikmatan-NYA lagi, dan diberi kemampuan untuk berkongsi secangkir ilmu bersama sohabah-sohabah sekalian...di doakan juga kepada para pembaca semoga sentiasa dibawah naungan kasih dan rahmat Allah SWT serta dikurniakan iman yang kental, ilmu yang mendalam dalam menjalani hari-hari yang mendatang ini...Aameenn..;-)
Kali ini saya ingin menyingkap disebalik satu doa yang selalu kita baca selepas solat iaitu doa memohon ampun..

Bismillahirrahmanirrahim...





       Secara fitrahnya, Allah menjadikan kita mempunyai kelebihan dan kekurangan. kerana apa Allah ciptakan kita seperti itu?kerana Allah inginkan manusia saling melengkapi dan memerlukan satu sama lain. Begitu juga manusia ini memang tidak dapat lari melakukan kesilapan dan dosa..manusia ni bukan seperti Nabi, Rasul atau Malaikat yang mana mereka terpelihara dari melakukan dosa...tidak kira kita melakukan dosa secara sengaja atau tidak pada ibubapa kita, yang pastinya pintu taubat masih terbentang luas selagi roh seseorang itu belum keluar dari jasadnya..Doa yang saya paparkan diatas adalah satu doa yang mana kita memohon diampunkan segala dosa kita dan ibubapa kita kepada Allah atas kesilapan2 kita masa lalu atau baru sahaja kita lakukan..Allah itu maha Pengampun lagi maha Mendengar..Allah perkenankan setiap doa hambanya yang hatinya ikhlas menadah tangan memohon ampun dan mohon sesuatu hajat serta bertaubat tidak mengulangi kesilapan yang sama..Dalam sebuah Hadis menyatakan "berdoalah kepadaKU,nescaya Aku perkenankan doamu"...

     Oleh itu, saya berpesan pada diri sendiri serta para pembaca, berdoalah selagi berdaya semoga kita terhindar dari melakukan kesilapan-kesilapan yang boleh memudaratkan diri dan orang lain..Melaksanakan segala perintah-Nya serta menjauhkan segala larangan-Nya..moga Allah memelihara kita dari sebarang bencana...INGATLAH BAHAWASANYA DOA ITU ADALAH SENJATA ORANG MUKMIN.

sekian..Wallahualam..

Monday, April 1, 2013

JOM baca Surah al-Kahfi...

Assalamualaikum wrt....

Bertemu kembali dlm mencari berkat &  redha Allah SWT. Mudah-mudahan semuanya dipayungi rahmat & kasih-NYA..Satu lagi perkongsian ilmu & ingin mengajak shbt2 mencari jalan mudah utk dapat pahala.

 Daripada syukbah daripada Abi Hashim dgn isnadnya.sesungguhnya Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca surah Al-Kahfi sebagaimana ia diturunkan,jadilah cahaya utknya dihari kiamat." [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]




         Sedikit info berkaitan dgn surah al-Kahfi ini iaitu al-Kahfi bermaksud gua yakni surah yang ke- 18 didalam al-Quran yang mengandungi 110 ayat. Ia dinamakan al-Kahfi kerana dari ayat 9 hingga ayat 26 menceritakan penduduk gua yang ditidurkan oleh Allah selama lebih 300 tahun.
Banyak terdapat dalam hadis Rasulullah SAW menyatakan berbagai fadhilat bg mereka yg mengamalkan surah al-Kahfi ini.Antara kelebihan yg khusus terdapat dalam surah ini iaitu :

1- sesiapa yg membaca 10 ayat awal atau 10 ayat akhir drpd surah ini, ia terhindar drpd fitnah dajjal
2- sesiapa yg membacanya pd hari jumaat, maka bersinar cahaya drpd bawah kakinya hingga ke langit dan diberi cahaya pd hari kiamat serta diampunkan dosanya antara 2 Jumaat.
3- sesiapa yg membacanya pd malam atau siang hari Jumaat, diampunkan dosanya hingga jumaat akan datang, dan 70 ribu malaikat memohonkan rahmat kepada Allah hingga waktu subuh dan dijauhkan Allah dari terkena wabak penyakit demam panas atau ta'un , penyakit sopak.

          Oleh itu sahabat2 ku sekalian, semoga kita semua tergolong dari orang yang dirahmati Allah dan berusaha mendekatkan diri kepada Allah, hendaklah kita ingat dengan sabda Nabi saw yang bermaksud : “sesungguhnya Allah tidak melihat gambaran lahir kamu tetapi Allah melihat batin (hati) kamu.” 

Wallahua'lam.

Sunday, March 31, 2013

Ayat Al-Kursi, ayat pelindung diri

Assalamualaikum wrt....


            Sebagaimana kita ketahui, di dalam al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang boleh kita amalkan dan mudah dihafal setiap hari. Antaranya ialah ayat al-Kursi yang mana merupakan ayat ke-255 dari ayat surah al-Baqarah. Ayat ini disebut ‘ayat Kursi’ kerana didalamnya terdapat perkataan ‘KURSI’ bermaksud ‘tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat’. Iaitu syiar atas kebesaran Tuhan yang meliputi 7 lapis langit dan 7 lapis bumi.



            Terdapat banyak kelebihan dan kehebatan daripada ayat kursi ini yang telah diterangkan dalam 99 hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan lain-lain. Antaranya ialah orang yang selalu membaca ayat Kursi ini dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad SAW. Allah SWT juga akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat bagi sesiapa yang membacanya setiap kali selepas berwudhuk.

           Dalam sebuah hadis yang menyatakan,”sesiapa yang dikalangan umatku yang membaca ayat kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwudhuk dan solat sunat dua rakaat, Allah memelihara daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar”. Mengikut keterangan dari kitab ‘Asraarul Mufidah’, sesiapa yang mengamalkan bacaan ayat kursi setiap hari sebanyak 18 kali, InsyaAllah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dinaikkan darjat dan martabatnya, diberikannya pengaruh sehingga semua akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana.


            Banyak lagi kelebihan yang boleh kita perolehi daripada pembacaan ayat suci al-Quran ini. Kekuasaannya amat besar sekali. Namun, kelebihan yang dinyatakan tidak akan berlaku tanpa izin Allah SWT, ia bergantung kepada keyakinan dan keteguhan iman  kita kepada-NYA. Oleh itu, carilah keredhaan Allah dengan melaksanakan segala perintah-NYA dan menjauhi segala larangan-NYA. 

Wallahua’lam.

Monday, March 18, 2013

Kelebihan Empat Kalimah Suci


Assalamualaikum wrt...


SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, LAILAHAILLALLAH, ALLAHUAKBAR"

‘Maha Suci Allah, Segala Puji Bagi Allah, Tiada Tuhan Yang Berhak Disembah Selain Allah Dan Allah Maha Besar’.

Allah SWT telah meletakkan fadhilat (kelebihan) yang besar, keistimewaan yang mulia kepada empat kalimah ini. Ia menunjukkan betapa besar kedudukannya, tinggi darjatnya, mulia martabatnya dan mempunyai keistimewaan berbanding dengan ucapan-ucapan yang lain.





          Setelah kita melihat dan mendengar video ni, senang saja ucapannya dan mudah bagi kita untuk menghafalnya. sebab mereka yang prihatin buat dalam bentuk nyanyian. Jadi, memang tak susah jika kita nak ikut lebih-lebih lagi kalau kita nak mengajar anak-anak kecil dapat pahala dengan cara yang mudah iaitu memuji Allah dan berzikir. Allah SWT tidak mencipta sesuatu itu dengan sia-sia kan..saya ingin berkongsi sedikit ilmu setelah sedikit pembacaan tentang kelebihan-kelebihan 4 kalimah di atas.

          Antara kelebihannya ialah pertama, mendapat pahala yang amat besar. Kedua, Allah akan menghapuskan dan mengampunkan dosa yang telah kita lakukan. Ketiga, diberi kebajikan dan dihapuskan kejahatan oleh Allah kepada hamba-NYA. Keempat, kalimah ini juga akan menjadi perisai atau pelindung kita dari api neraka. Kelima, setiap kalimah yang diucapkan adalah satu sedekah. Sebenarnya banyak lagi kelebihannya tapi saya rasakan kelebihan yang saya senaraikan di atas, sudah cukup bagi kita untuk memahaminya betapa besar ganjaran Allah berikan hanya ucapan 4 kalimah tersebut. 

          Oleh itu, marilah kita sebagai umat Islam sama-sama mengambil ibrah dan pengajaran serta  mempertingkatkan amalan seharian kita untuk mencapai  keredhaan-NYA dan mencapai ketenangan jiwa setiap kali mengucapkannya. Semoga kita menjadi penghuni Syurga yang akan kekal di sana nanti..Aamiinnn.. Wallahua’lam.